Anak-anak Sarawak yang gagal untuk melepasi saringan Unit Pusat Universiti (UPU) masih mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengambilalihan beberapa universiti swasta oleh kerajaan negeri membuka kuota yang mencukupi untuk Sarawak melahirkan generasi berpendidikan dan berkemahiran dari negeri itu.